Perancangan Manusia , Ketentuan Allah

>Di jalan ALLAH., Persahabatan ini bukan milikku., Dan bukan jua milikmu., Persahabatan ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia., Kerana Dialah aku mengenalimu & kerana Dia juga telah menetapkan kita mengukir 1001 kenangan bersama., Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang hanya keranaNya semata.., moga ianya kekal untuk selamanya...,

Saturday, 31 August 2013

Selamat Pagi Cinta ..


Hidup ni tak selalu senang, ada masanya kita akan rasa susah. Pegangan hidup kita hanya bergantung kepada Allah sepenuhnya selebih itu usaha kita sendiri. Allah tak pernah tidur daripada mendengar luahan hati hambanya. Allah tak pernah abaikan kehidupan kita malahan kita yang mengabaikan perintahNya. Kalau kita sedih, kita rasa tak mampu utk laluinya, tapi ketahuilah bahawa dunia ni bukan kita sahaja penghuninya. Berjuta-juta lagi manusia di bumi Allah ni dalam kesusahan. Allah tak kan menguji seseorang itu kalau dia tak mampu laluinya. Setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaiannya, hak beza cuma cepat atau lambat masalah tu dapat diselesaikan. Jangan fikir yang hidup kita ni sentiasa bermasalah. Masalah tak kan ada kalau kita tak mencarinya. Walauapapun terjadi kita hanya manusia yang selalu buat salah, selalu ada masalah dan tak pernah lepas daripada semua tu. Saat ni yang penting hanyalah Being A Positive Person and Positive Thinker

No comments:

Post a Comment