Perancangan Manusia , Ketentuan Allah

>Di jalan ALLAH., Persahabatan ini bukan milikku., Dan bukan jua milikmu., Persahabatan ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia., Kerana Dialah aku mengenalimu & kerana Dia juga telah menetapkan kita mengukir 1001 kenangan bersama., Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang hanya keranaNya semata.., moga ianya kekal untuk selamanya...,

Saturday, 11 January 2014

Sahabat Cinta Abadi .. Allah Cinta Hakiki

Sahabat yang setia dapat berbagi disaat senang dan susah.Jangan pernah pandang kesalahan yang pernah dia lakukan, namun pandanglah semua kebaikan yang pernah dia lakukan.Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya


No comments:

Post a Comment